Tidak sahih
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: إن من السرف أن تأكل كلما اشتهيت.
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Sesungguhnya termasuk pembaziran jika engkau makan setiap kali engkau berkeinginan.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Tidak sahih
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 182-183, hadis no. 67. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه الدارقطني عن أنس مرفوعا قيل: لا يصح في إسناده: يحيى بن عثمان منكر الحديث وكذا نوح بن ذكوان قال في اللآلىء: يحيى بريء من عهدته فإن ابن ماجه أخرجه فقال: حدثنا هشام بن عمار ويحيى بن سعيد بن كثير بن دينار الحمصي قالا: ثنا بقية به يعني: أن بقية قال: حدثنا يونس بن أبي كثير عن نوح بن ذكوان عن الحسن عن أنس فذكره. وأما ما روى القزويني في أماليه عن عائشة مرفوعا: أحرموا أنفسكم طيب الطعام فإنما قوى الشيطان أن يجرى في العروق به فقال في اللآلىء: موضوع آفته بزيع [بن حسان] أبو الخليل الخصاف.
Al-Daraqutni meriwayatkan daripada Anas secara marfu‘ (yang disandarkan kepada Nabi SAW), dikatakan bahawa: Hadith ini tidak sahih sanadnya kerana terdapat Yahya bin Uthman seorang perawi yang dihukumkan sebagai munkar al-hadith, demikian juga Nuh bin Zakuan. Al-Suyuthi berkata di dalam kitabnya al-La’ali’: Yahya berlepas diri daripada tanggungjawabnya, Ibn Majah meriwayatkannya lalu beliau berkata: Disampaikan kepada kami oleh Hisyam bin ‘Ammar dan Yahya bin Sa’id bin Kathir bin Dinar al-Himsi, kedua-duanya berkata: Baqiyyah menceritakan kepada kami hadith tersebut yakni Baqiyyah berkata: Diceritakan kepada kami Yunus bin Abu Kathir daripada Nuh bin Zakuan daripada al-Hasan daripada Anas , Lalu Anas menyebutkan hadithnya. Manakala riwayat al-Qazwini dalam kitabnya Amaali daripada Aisyah RA secara marfu‘ (yang disandarkan kepada Nabi SAW): “Haramkan diri kamu daripada bau makanan kerana ia memberi kekuatan kepada syaitan untuk memasuki tubuh badan melalui pembuluh darah/urat-urat”. Al-Suyuthi berkata di dalam kitab al-La’ali’: Hadith ini palsu kerana direka oleh Bazi’ bin Hasan Abu Khalil al- Khasaf.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman