Sesungguhnya termasuk pembaziran apabila kamu makan semua yang kamu inginkan

TEKS BAHASA ARAB

إن من السرف أن تأكل كل ما اشتهيت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya termasuk pembaziran apabila kamu makan semua yang kamu inginkan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 384, hadis nombor 2034. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس – رضي الله عنه -، مرفوعاً: «إن من السرف أن تأكل كل ما اشتهيت». [عد، حل، «الضعيفة» (241)].

(Palsu) Daripada Anas RA secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Sesungguhnya termasuk pembaziran apabila kamu makan semua yang kamu inginkan". [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 241].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs