Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ من السَّرَفِ أن تأكلَ كل ما اشتهيتَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya termasuk pembaziran apabila kamu makan semua yang kamu inginkan.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 384, hadis no. 2034. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس - رضي الله عنه -، مرفوعاً: «إن من السرف أن تأكل كل ما اشتهيت». [عد، حل، «الضعيفة» (241)].
(Palsu) Daripada Anas RA secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Sesungguhnya termasuk pembaziran apabila kamu makan semua yang kamu inginkan". [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 241].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman