Sesungguhnya termasuk lemahnya keyakinan adalah kamu reda kepada manusia dengan kemurkaan Allah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن من ضعف اليقين أن ترضي الناس بسخط الله، وأن تحمدهم على رزق الله، وأن تذمهم على ما لم يؤتك الله، إن رزق الله لا يجره إليك حرص حريص، ولا يرده كره كاره، وإن الله – تعالى – بحكمته وجلاله جعل الروح والفرج في الرضا، وجعل الهم والحزن في الشك والسخط.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya termasuk lemahnya keyakinan adalah kamu reda kepada manusia dengan kemurkaan Allah, kamu memuji mereka atas rezeki Allah dan kamu mencela mereka kerana sesuatu yang Allah tidak kurniakan kepadamu. Sesungguhnya rezeki Allah itu tidak akan mendekat kepadamu dengan sifat kedekut orang yang kikir dan ia tidak boleh pula ditolak dengan rasa benci orang yang tidak menyukai. Sesungguhnya Allah dengan kebijaksanaan-Nya dan keagungan-Nya menjadikan kelapangan dan keluasan itu berada pada rasa reda dan menjadikan kegusaran dan kesedihan itu berada pada rasa sangsi dan kemarahan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 452, hadis nombor 2421. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي سعيد الخدري – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «إن من ضعف اليقين أن ترضي الناس بسخط الله، وأن تحمدهم على رزق الله، وأن تذمهم على ما لم يؤتك الله، إن رزق الله لا يجره إليك حرص حريص، ولا يرده كره كاره، وإن الله – تعالى – بحكمته وجلاله جعل الروح والفرج في الرضا، وجعل الهم والحزن في الشك والسخط». [حل، السلمي في «طبقات الصوفية»، هب، «الضعيفة» (1482)].

(Palsu) Daripada Abu Sa’id al-Khudri RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesungguhnya termasuk lemahnya keyakinan adalah kamu reda kepada manusia dengan kemurkaan Allah, kamu memuji mereka atas rezeki Allah dan kamu mencela mereka kerana sesuatu yang Allah tidak kurniakan kepadamu. Sesungguhnya rezeki Allah itu tidak akan mendekat kepadamu dengan sifat kedekut orang yang kikir dan ia tidak boleh pula ditolak dengan rasa benci orang yang tidak menyukai. Sesungguhnya Allah dengan kebijaksanaan-Nya dan keagungan-Nya menjadikan kelapangan dan keluasan itu berada pada rasa reda dan menjadikan kegusaran dan kesedihan itu berada pada rasa sangsi dan kemarahan.” [Riwayat Abu Nu’aym dalam Hilyah al-Awliya’ dan al-Sulami dalam Tabaqat al-Sufiyyah. Lihat Silsilah Da’ifah, no. 1482].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.