Sesungguhnya termasuk kelakuan yang kasar apabila seseorang itu menyapu dahinya

TEKS BAHASA ARAB

إن من الجفاء أن يمسح الرجل جبينه قبل أن يفرغ من صلاته، وأن يصلي لا يبالي من إمامه؟ وأن يأكل مع رجل ليس من أهل دينه، ولا من أهل الكتاب في إناء واحد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya termasuk kelakuan yang kasar apabila seseorang itu menyapu dahinya sebelum dia selesai daripada solatnya, dia solat tanpa mempedulikan siapakah imamnya, dan dia makan dalam satu bekas bersama dengan orang yang bukan dalam kalangan agamanya dan bukan juga dalam kalangan ahli kitab.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 349, hadis nombor 1845. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((إن من الجفاء أن يمسح الرجل جبينه قبل أن يفرغ من صلاته، وأن يصلي لا يبالي من إمامه؟ وأن يأكل مع رجل ليس من أهل دينه، ولا من أهل الكتاب في إناء واحد)).
[تمام، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (873)]

(Sangat Lemah) Daripada Ibn ‘Abbās RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya termasuk kelakuan yang kasar apabila seseorang itu menyapu dahinya sebelum dia selesai daripada solatnya, dia solat tanpa mempedulikan siapakah imamnya, dan dia makan dalam satu bekas bersama dengan orang yang bukan dalam kalangan agamanya dan bukan juga dalam kalangan ahli kitab.
[Riwayat Tammām dalam kitab al-Fawā’id, Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 873]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs