Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya termasuk daripada iman itu bahawa seorang lelaki itu mencintai [seorang lelaki lain]

Teks Bahasa Arab

إِنّ من الإيمانِ أن يُحِبَّ الرجلُ [رجلاً]؛ لا يُحبُّه إلا لله؛ من غيرِ مالٍ أعطاه؛ فذلكَ الإيمانُ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya termasuk daripada iman itu bahawa seorang lelaki itu mencintai [seorang lelaki lain], tidaklah dia mencintainya melainkan kerana Allah, bukan disebabkan harta yang dia berikan kepadanya. Maka yang demikian itu ialah iman.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Mas'ud

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 503, hadis no. 2688.

(ضعيف) عن عبد الله بن مسعود - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «إِنّ من الإيمانِ أن يُحِبَّ الرجلُ [رجلاً]؛ لا يُحبُّه إلا لله؛ من غيرِ مالٍ أعطاه؛ فذلكَ الإيمانُ». [طس، «الضعيفة»(5260)].

(Lemah) Daripada Abdullah bin Mas'ud RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Sesungguhnya termasuk daripada iman itu bahawa seorang lelaki itu mencintai [seorang lelaki lain], tidaklah dia mencintainya melainkan kerana Allah, bukan disebabkan harta yang dia berikan kepadanya. Maka yang demikian itu ialah iman. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5260].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.