TEKS BAHASA ARAB
إن من العصمة أن لا تجد.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya termasuk dari penjagaan (Allah) bahawa kamu tidak menemui (sesuatu).
STATUS
Bukan hadis
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 23, hadis nombor 65. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
جاء عن عون بن عبد الله، أنه كان يقول: إن من العصمة أن تطلب الشيء فلا تجده.
Telah diriwayatkan daripada ‘Aun bin ‘Abdillah bahawa beliau selalu berkata: "Sesungguhnya termasuk dari penjagaan (Allah) bahawa kamu mencari sesuatu, lalu kamu tidak mendapatinya".
RUJUKAN
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.