Tidak sahih

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya tembikai itu airnya rahmat, dan manisnya seperti kemanisan syurga

Teks Bahasa Arab

حديث: إن البطيخ ماؤه رحمة وحلاوته مثل حلاوة الجنة.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Sesungguhnya tembikai itu airnya rahmat, dan manisnya seperti kemanisan syurga.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Tidak sahih

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 160, hadis no. 18. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

في إسناده: مجاهيل. وقال ابن الجوزي: لا يصح في فضائل البطيخ شيء إلا أن رسول الله صلى الله عليه وسلم أكله.

Pada sanad hadith ini terdapat perawi-perawi yang tidak dikenali. Ibn Jauzi berkata: Tidak sahih satu hadith pun tentang kelebihan buah tembikai melainkan Rasulullah SAW pernah memakannya.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.