TEKS BAHASA ARAB
قال لي جبريل: إنه قد حببت إليك الصلاة، فخذ منها ما شئت.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya telah diberikan perasaan cinta kepadamu untuk mendirikan solat. Maka ambillah daripadanya apa yang kamu mahu.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 290, hadis nombor 1521. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس -رضي الله عنها – مرفوعا: «قال لي جبريل:إنه قد حببت إليك الصلاة، فخذ منها ما شئت».
[حم، طب، «الضعيفة» (4045)]
(Lemah) Daripada Ibn Abas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Jibril berkata kepadaku: Sesungguhnya telah diberikan perasaan cinta kepadamu untuk mendirikan solat. Maka ambillah daripadanya apa yang kamu mahu.
[Riwayat Musnad Ahmad, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4045]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.