Daif

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya telah diberikan perasaan cinta kepadamu untuk mendirikan solat

Teks Bahasa Arab

قال لي جبريلُ: إنه قد حُبِّبتْ إليك الصلاةُ، فخذْ منها ما شئتَ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya telah diberikan perasaan cinta kepadamu untuk mendirikan solat. Maka ambillah daripadanya apa yang kamu mahu.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 290, hadis no. 1521. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس -رضي الله عنها - مرفوعا: «قال لي جبريل: إنه قد حببت إليك الصلاة، فخذ منها ما شئت». [حم، طب، «الضعيفة» (4045)]

(Daif) Daripada Ibn Abas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Jibril berkata kepadaku: Sesungguhnya telah diberikan perasaan cinta kepadamu untuk mendirikan solat. Maka ambillah daripadanya apa yang kamu mahu. [Riwayat Musnad Ahmad, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4045]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.