Sesungguhnya telah binasa golongan sebelum kamu kerana mereka terlalu mengagungkan raja-raja mereka

TEKS BAHASA ARAB

إنما هلك من كان قبلكم بأنهم عظموا ملوكهم؛ بأن قاموا وقعدوا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya telah binasa golongan sebelum kamu kerana mereka terlalu mengagungkan raja-raja mereka dengan cara mereka berdiri dan juga duduk (kepada raja-raja mereka).

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 224, hadis nombor 1186. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((إنما هلك من كان قبلكم بأنهم عظموا ملوكهم؛ بأن قاموا وقعدوا)). [طس، ((الضعيفة)) (5750)]

(Sangat Lemah)
Daripada Anas bin Malik RA beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya telah binasa golongan sebelum kamu kerana mereka terlalu mengagungkan raja-raja mereka dengan cara mereka berdiri dan juga duduk (kepada raja-raja mereka).
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5750]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs