Sesungguhnya taubat itu menyucikan kesalahan

TEKS BAHASA ARAB

إن التوبة تغسل الحوبة، وإن الحسنات يذهبن السيئات، وإذا ذكر العبد ربه في الرخاء أنجاه في البلاء، وذلك بأن الله تعالى يقول: لا أجمع لعبدي أمنين، ولا أجمع له خوفين، إن هو أمنني في الدنيا خافني يوم أجمع فيه عبادي، وإن هو خافني في الدنيا أمنته يوم أجمع فيه عبادي في حظيرة القدس، فيدوم له أمنه، ولا أمحقه فيمن أمحق.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya taubat itu menyucikan kesalahan. Dan kebaikan itu membuang keburukan. Dan apabila seorang hamba itu mengingati Tuhannya ketika senang, Dia akan menyelamatkannya ketika bala. Itu kerana Allah taala berkata: Aku tidak menghimpunkan untuk hamba-Ku dua keselamatan. Dan Aku tidak menghimpunkan untuknya dua ketakutan. Jika dia berasa selamat dengan-Ku di dunia, dia akan takut kepada-Ku pada hari Aku menghimpunkan hamba-hamba-Ku. Dan jika dia takuti-Ku di dunia, aku akan selamatkannya pada hari Aku menghimpunkan hamba-hamba-Ku di tempat tertinggi dalam syurga, lalu keselamatannya itu berkekalan. Dan aku tidak akan binasakannya dalam golongan yang dibinasakan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2010, hadis nombor 10088. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن شداد بن أوس – رضي الله عنه – قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن التوبة تغسل الحوبة، وإن الحسنات يذهبن السيئات، وإذا ذكر العبد ربه في الرخاء أنجاه في البلاء، وذلك بأن الله تعالى يقول: لا أجمع لعبدي أمنين، ولا أجمع له خوفين، إن هو أمنني في الدنيا خافني يوم أجمع فيه عبادي، وإن هو خافني في الدنيا أمنته يوم أجمع فيه عبادي في حظيرة القدس، فيدوم له أمنه، ولا أمحقه فيمن أمحق.
[حل، ((الضعيفة)) (2986)]

(Palsu)
Daripada Shaddad bin Aws RA berkata: Rasulullah SAW berkata: Sesungguhnya taubat itu menyucikan kesalahan. Dan kebaikan itu membuang keburukan. Dan apabila seorang hamba itu mengingati Tuhannya ketika senang, Dia akan menyelamatkannya ketika bala. Itu kerana Allah taala berkata: Aku tidak menghimpunkan untuk hamba-Ku dua keselamatan. Dan Aku tidak menghimpunkan untuknya dua ketakutan. Jika dia berasa selamat dengan-Ku di dunia, dia akan takut kepada-Ku pada hari Aku menghimpunkan hamba-hamba-Ku. Dan jika dia takuti-Ku di dunia, aku akan selamatkannya pada hari Aku menghimpunkan hamba-hamba-Ku di tempat tertinggi dalam syurga, lalu keselamatannya itu berkekalan. Dan aku tidak akan binasakannya dalam golongan yang dibinasakan.
[Riwayat Abu Nu’aim dalam Kitab Hilyah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2986]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs