Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِنَّ الْيَدَ الْمُعْطِيَةَ هِيَ الْعُلْيَا وَالسَّائِلَةَ هِيَ السُّفْلَى فَمَا اسْتَغْنَيْتَ فَلَا تَسْأَلْ فَإْنَّ مَالَ اللَّهِ مَسْؤُولٌ وَمُعْطَى.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya tangan yang memberi itu di atas, sedangkan tangan yang meminta itu di bawah. Jika kamu tidak memerlukan, jangan meminta. Kerana sesungguhnya harta Allah itu diminta dan diberi.
Sahabat Perawi
- ‘Atiyyah al-Sa‘di RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1108, hadis no. 5614. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بهذا التمام) عن عطية السعدي رضي الله عنه أنه قدم على رسول الله صلى الله عليه وسلم في وفد من ثقيف قال: فلما دخلنا على النبي صلى الله عليه وسلم فكان فيما ذكر أن سألوه فقال لهم: هل قدم معكم أحد من غيركم؟، قالوا: "نعم، قدم معنا فتى منا خلفناه في رحالنا"، قال: فأرسلوا إليه قال: فلما دخلت عليه وهم عنده ليستقبلني فقال: إن اليد المعطية هي العليا، والسائلة هي السفلى، فما استغنيتَ فلا تسألْ فإن مالَ اللهِ مسؤولٌ ومُعطَى. [ابن عساكر، الضعيفة (7109)].
(Munkar dengan teks lengkap ini) Daripada ‘Atiyyah al-Sa‘di RA, bahawa beliau bersama sekumpulan lelaki suku Thaqif datang kepada Nabi SAW. Beliau berkata: Apabila kami masuk menemui Baginda SAW, antara beberapa perkara yang disebutkan ialah mereka minta daripada Nabi SAW. Baginda bertanya: Adakah orang lain selain kalian datang bersama kalian? Mereka menjawab: Ya, seorang pemuda ada datang bersama kami, kami mintanya untuk menjaga barangan kami. Baginda berkata: Panggil pemuda itu kemari. Apabila aku masuk, mereka berada di sisi Baginda sambil menanti kehadiranku. Baginda SAW bersabda: Sesungguhnya tangan yang memberi itu di atas, sedangkan tangan yang meminta itu di bawah. Jika kamu tidak memerlukan, jangan meminta. Kerana sesungguhnya harta Allah itu diminta dan diberi. [Riwayat Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimashq. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 7109].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman