Sesungguhnya tangan yang di atas ialah yang memberi manakala tangan di bawah pula ialah yang menerima

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

وفدت إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم في نفر من بني سعد وكنت أصغرهم فخلفوني في رحالهم فأتوا رسول الله صلى الله عليه وسلم فقضوا حوائجهم فقال: بقي أحد؟ قالوا: نعم يا رسول الله غلام بقي في رحالنا، فأمرهم أن يدعوني فأتيته فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ما أنطاك الله فلا تسأل الناس شيئا فإن اليد العليا هي المنطية وإن اليد السفلى هي المنطاة وإن الله هو المسؤول والمنطي. فكلمني رسول الله بلغتنا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku datang bersama rombongan Bani Sa’ad pergi bertemu Rasulullah SAW dan pada ketika itu aku adalah ahli rombongan yang paling muda. Oleh kerana itu, mereka meninggalkan aku di belakang mereka . Mereka pergi bertemu Rasulullah SAW dan menyampaikan hajat mereka., kemudian Nabi SAW bersabda: Masih ada lagi? Mereka berkata: Wahai Rasulullah, ada seorang pemuda dalam rombongan kami. Lalu Nabi SAW meminta mereka memanggil aku. Aku datang kemudian Rasulullah SAW bersabda: Jangan kamu meminta sesuatu daripada orang sedangkan Allah telah memberinya. Sesungguhnya tangan yang di atas ialah yang memberi manakala tangan di bawah pula ialah yang menerima dan Allah sentiasa diminta oleh hamba-Nya dan Allah Maha pemberi. Rasulullah SAW bersabda kepada kami dengan menggunakan dialek kami.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 898-899, hadis nombor 4605. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عطية بن سعد رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: وفدت إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم في نفر من بني سعد وكنت أصغرهم فخلفوني في رحالهم فأتوا رسول الله صلى الله عليه وسلم فقضوا حوائجهم، فقال: بقي أحد؟ قالوا: نعم يا رسول الله غلام بقي في رحالنا فأمرهم أن يدعوني فأتيته فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ما أنطاك الله فلا تسأل الناس شيئا فإن اليد العليا هي المنطية وإن اليد السفلى هي المنطاة، وإن الله هو المسؤول والمنطي. فكلمني رسول الله بلغتنا. [ابن سعد, طب, الضعيفة (6451)]

(Lemah) Daripada ‘Atiyah bin Sa’id RA berkata: Aku datang bersama rombongan Bani Sa’ad pergi bertemu Rasulullah SAW dan pada ketika itu aku adalah ahli rombongan yang paling muda. Oleh kerana itu, mereka meninggalkan aku di belakang mereka . Mereka pergi bertemu Rasulullah SAW dan menyampaikan hajat mereka., kemudian Nabi SAW bersabda: Masih ada lagi? Mereka berkata: Wahai Rasulullah, ada seorang pemuda dalam rombongan kami. Lalu Nabi SAW meminta mereka memanggil aku. Aku datang kemudian Rasulullah SAW bersabda: Jangan kamu meminta sesuatu daripada orang sedangkan Allah telah memberinya. Sesungguhnya tangan yang di atas ialah yang memberi manakala tangan di bawah pula ialah yang menerima dan Allah sentiasa diminta oleh hamba-Nya dan Allah Maha pemberi. Rasulullah SAW bersabda kepada kami dengan menggunakan dialek kami. [Ibn Sa’ad, Al-Tabrani di dalam Mu’jam Al-Kabir. Al-Dha’ifah no 6451]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.