Sesungguhnya tanah itu umpama musim bunga bagi kanak-kanak

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

دعهم يا عمر! فإن التراب ربيع الصبيان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Biarkan mereka wahai Umar! Sesungguhnya tanah itu umpama musim bunga bagi kanak-kanak.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 912, hadis nombor 4662. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن سهل بن سعد –رضي الله عنه–، قال: مر النبي -صلى الله عليه وسلم- بالصبيان وهم يلعبون بالتراب، فنهاهم عمر بن الخطاب، فقال النبي -صلى الله عليه وسلم-: ((دعهم يا عمر! فإن التراب ربيع الصبيان)).
[طب، عد، ((الضعيفة)) (410)].

(Palsu)
Daripada Sahl bin Sa’d RA dia berkata: Rasulullah SAW telah melalui sekumpulan kanak-kanak ketika mereka sedang bermain tanah. Maka Umar bin al-Khattab RA melarangnya. Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Biarkan mereka wahai Umar. Sesungguhnya tanah itu umpama musim bunga bagi kanak-kanak”.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, dan Ibn ‘Adiyy dalam al-Kamil fi al-Du’afa. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 410].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.