TEKS BAHASA ARAB
إن العشر: عشر الأضحى، والوتر: يوم عرفة، والشفع: يوم النحر.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya (tafsiran bagi) al-‘Asyara itu sepuluh hari sebelum raya Aidliadha (korban), (tafsiran bagi) Witr pula hari Arafah, dan (tafsiran bagi) al-Syafa’ itu hari korban itu sendiri.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1835, hadis nombor 9249. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منکر) عن جابر –رضي االه عنه- مرفوعا: إن العشر: عشر الأضحى، والوتر: يوم عرفة، والشفع: يوم النحر. [حم، البزار، ابن جریر، (الضعيفة) (3938)].
(Munkar) Daripada Jabir RA berkata, Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya (tafsir bagi) al-‘Asyara itu sepuluh hari sebelum raya Aidliadha (korban), (tafsir bagi) Witr pula hari Arafah, dan (tafsir bagi) al-Syafa’ itu hari korban itu sendiri." [Riwayat Ahmad, al-Bazzar dan Ibn Jarir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3938]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.