Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ العشرَ: عشرُ الأضحَى، والوترُ: يومُ عرفةَ، والشفعُ: يومُ النحرِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya (tafsiran bagi) al-'Asyara itu sepuluh hari sebelum raya Aidliadha (korban), (tafsiran bagi) Witr pula hari Arafah, dan (tafsiran bagi) al-Syafa’ itu hari korban itu sendiri.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1835, hadis no. 9249. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منکر) عن جابر –رضي االه عنه- مرفوعا: إن العشر: عشر الأضحى، والوتر: يوم عرفة، والشفع: يوم النحر. [حم، البزار، ابن جریر، (الضعيفة) (3938)].
(Munkar) Daripada Jabir RA berkata, Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya (tafsir bagi) al-'Asyara itu sepuluh hari sebelum raya Aidliadha (korban), (tafsir bagi) Witr pula hari Arafah, dan (tafsir bagi) al-Syafa’ itu hari korban itu sendiri." [Riwayat Ahmad, al-Bazzar dan Ibn Jarir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3938]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman