TEKS BAHASA ARAB
إن الجنّة تشتاقُ إلى أربعة: علي وسلمان وعمار والمقداد.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya syurga merindui empat orang: Ali, Salman, Ammar dan juga al-Miqdad.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1809, hadis nombor 9121. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه- مرفوعاً: إن الجنّة تشتاقُ إلى أربعة: علي وسلمان وعمار والمقداد. [طب، حل، أبو نعيم في (أخبار أصبهان)، ابن عساكر، ((الضعيفة))(2328)]
(Lemah) Daripada Anas bin Malik RA berkata, Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya syurga merindukan empat orang: Ali, Salman, Ammar dan juga al-Miqdad. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, Abu Nu’aim dalam Hilyah al-Auliya’ dan Akhbar Asbahan, Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Dhaifah no.2328]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.