Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِنَّ الجَنَّةَ تَشْتَاقُ إِلَى أَرْبَعَةٍ: عَلِيٍّ وَعَمَّارٍ وَسَلْمَانَ وَالْمِقْدَادِ
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya syurga merindui empat orang: Ali, Salman, Ammar dan juga al-Miqdad.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1809, hadis no. 9121. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه- مرفوعاً: إن الجنّة تشتاقُ إلى أربعة: علي وسلمان وعمار والمقداد. [طب، حل، أبو نعيم في (أخبار أصبهان)، ابن عساكر، ((الضعيفة))(2328)]
(Lemah) Daripada Anas bin Malik RA berkata, Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya syurga merindukan empat orang: Ali, Salman, Ammar dan juga al-Miqdad. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, Abu Nu’aim dalam Hilyah al-Auliya’ dan Akhbar Asbahan, Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Dhaifah no.2328]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman