Sesungguhnya syurga mempunyai tingkatan yang tidak akan didapati melainkan oleh orang yang susah

TEKS BAHASA ARAB

إن في الجنة درجة لا ينالها إلا ‌أصحاب ‌الهموم. قال أبو سلمة: فقلت لأبي هريرة: الهموم في المعيشة؟ قال: نعم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

((Sesungguhnya syurga mempunyai tingkatan yang tidak akan didapati melainkan oleh orang yang susah.)) Abu Salamah berkata: Lalu aku berkata kepada Abu Hurairah: "Kesusahan dalam mencari rezeki?" Beliau berkata: “Ya.”

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 613, hadis nombor 3189. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة -رضي الله عنه – مرفوعاً: ((إن في الجنة درجة لا ينالها إلا ‌أصحاب ‌الهموم)). قال أبو سلمة: فقلت لأبي هريرة: الهموم في المعيشة؟ قال: نعم. [أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، فر، ((الضعيفة)) (3184)].

(Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Sesungguhnya syurga mempunyai tingkatan yang tidak akan didapati melainkan oleh orang yang susah.)) Abu Salamah berkata: Lalu aku berkata kepada Abu Hurairah: "Kesusahan dalam mencari rezeki?" Beliau berkata: “Ya.”
[Riwayat Abu Nu'aim dalam Akhbar Asbahan dan al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3184].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs