Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya syurga itu tidak halal untuk orang yang berbuat maksiat

Teks Bahasa Arab

إنَّ الجنةَ لا تَحُلُّ لعاصٍ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya syurga itu tidak halal untuk orang yang berbuat maksiat.

Sahabat Perawi

  1. Thauban RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 988, hadis no. 5091. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

5091-71- (ضعيف) عن ثوبان رضي الله عنه مولى رسول الله صلى الله عليه وسلم عن رسول الله صلى الله عليه وسلم أنه قال في مسير له: إنا ‌مدلجون الليلة إن شاء الله تعالى، فلا يرحلن معنا مضعف، ولا مصعب، فارتحل رجل على ناقة له صعبة، فسقط، فاندقت عنقه فمات، فأمر رسول الله صلى الله عليه وسلم أن يدفن، ثم أمر بلالا فنادى: إن الجنة لا تحل لعاص. [ك، حم، ابن أبي عاصم، أبو يعلى في ((معجمه))، ((الضعيفة)) (2987)]

(Lemah) Daripada Thauban RA bekas hamba Rasulullah SAW daripada Rasulullah SAW bahawasanya baginda pernah berkata kepadanya dalam satu perjalanan: Kita akan berjalan malam ini dengan izin Allah taala, janganlah ada tunggangan yang berjalan bersama kita yang sakit atau bermasalah. Lalu seorang lelaki berjalan menunggang untanya yang bermasalah lantas dia jatuh. Lalu tengkuknya patah dan dia mati. Rasulullah SAW menyuruh agar ia ditanam. Kemudian baginda menyuruh Bilal dan menyeru: Sesungguhnya syurga itu tidak halal untuk orang yang berbuat maksiat. [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, Ahmad dalam Musnadnya, Ibn Abi ‘Aasim dalam al-Sunnah, dan Abu Ya’ala dalam Mu’jamnya. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2987]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.