Sesungguhnya syurga itu diharamkan kepada para Nabi sehinggalah aku memasukinya

TEKS BAHASA ARAB

إن الجنة ‌حرمت ‌على الأنبياء كلهم حتى أدخلها، وحرمت على الأمم حتى تدخلها أمتي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya syurga itu diharamkan kepada para Nabi sehinggalah aku memasukinya, dan diharamkan kepada seluruh umat sehinggalah umatku memasukinya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 656, hadis nombor 3386. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عمر بن الخطاب – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إن الجنة ‌حرمت ‌على الأنبياء كلهم حتى أدخلها، وحرمت على الأمم حتى تدخلها أمتي)). [ابن أبي حاتم في ((العلل))، عد، ((الضعيفة)) (2329)]

(Munkar) Daripada Umar bin al-Khattab RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Sesungguhnya syurga itu diharamkan kepada para Nabi sehinggalah aku memasukinya, dan diharamkan kepada seluruh umat sehinggalah umatku memasukinya.” [Riwayat Ibn Abi Hatim dalam al-Ilal dan Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa’, al-Dhaifah, no. 2329]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs