Sesungguhnya syurga dihiasi bagi menyambut Ramadan dari awal tahun ke tahun

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن الجنة لتزخرف لرمضان من رأس الحول إلى الحول، فإذا كان أول ليلة من رمضان هبت ريح من تحت العرش ‌فصفقت ورق الجنة عن الحور العين، فقلن يا رب اجعل لنا من عبادك أزواجا تقر بهم أعيننا، وتقر أعينهم بنا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya syurga dihiasi bagi menyambut Ramadan dari awal tahun ke tahun, apabila tiba malam pertama Ramadan, akan bertiup angin dari bawah Arasy lalu jatuhlah dedaun syurga dari Hurun Ain. Mereka berkata: Wahai Tuhan, jadikanlah buat kami pasangan dari hambamu supaya kami dapat menjadikan mereka penyejuk mata, dan kami sebagai penyejuk mata mereka.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 648, hadis nombor 3354. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن ابن عمر – رضي الله عنهما – أن رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إن الجنة لتزخرف لرمضان من رأس الحول إلى الحول، فإذا كان أول ليلة من رمضان هبت ريح من تحت العرش فصفقت ورق الجنة عن الحور العين، فقلن يا رب اجعل لنا من عبادك أزواجا تقر بهم أعيننا، وتقر أعينهم بنا)). [طس، تمام، ابن عساكر في ((فضائل الرمضان))، ((الضعيفة)) (1325)]

(Munkar) Daripada Ibn Umar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya syurga dihiasi bagi menyambut Ramadan dari awal tahun ke tahun, apabila tiba malam pertama Ramadan, akan bertiup angin dari bawah Arasy lalu jatuhlah dedaun syurga dari Hurun Ain. Mereka berkata: Wahai Tuhan, jadikanlah buat kami pasangan dari hambamu supaya kami dapat menjadikan mereka penyejuk mata, dan kami sebagai penyejuk mata mereka.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat, Tammam dan Ibn Asakir dalam Fadhail Ramadhan. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1325]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.