Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن الجنة لتزخرف لرمضان من رأس الحول إلى الحول، فإذا كان أول ليلة من رمضان هبت ريح من تحت العرش فصفقت ورق الجنة عن الحور العين، فقلن يا رب اجعل لنا من عبادك أزواجا تقر بهم أعيننا، وتقر أعينهم بنا.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya syurga dihiasi bagi menyambut Ramadan dari awal tahun ke tahun, apabila tiba malam pertama Ramadan, akan bertiup angin dari bawah Arasy lalu jatuhlah dedaun syurga dari Hurun Ain. Mereka berkata: Wahai Tuhan, jadikanlah buat kami pasangan dari hambamu supaya kami dapat menjadikan mereka penyejuk mata, dan kami sebagai penyejuk mata mereka.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 648, hadis no. 3354. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن ابن عمر - رضي الله عنهما - أن رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إن الجنة لتزخرف لرمضان من رأس الحول إلى الحول، فإذا كان أول ليلة من رمضان هبت ريح من تحت العرش فصفقت ورق الجنة عن الحور العين، فقلن يا رب اجعل لنا من عبادك أزواجا تقر بهم أعيننا، وتقر أعينهم بنا)). [طس، تمام، ابن عساكر في ((فضائل الرمضان))، ((الضعيفة)) (1325)]
(Munkar) Daripada Ibn Umar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya syurga dihiasi bagi menyambut Ramadan dari awal tahun ke tahun, apabila tiba malam pertama Ramadan, akan bertiup angin dari bawah Arasy lalu jatuhlah dedaun syurga dari Hurun Ain. Mereka berkata: Wahai Tuhan, jadikanlah buat kami pasangan dari hambamu supaya kami dapat menjadikan mereka penyejuk mata, dan kami sebagai penyejuk mata mereka.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat, Tammam dan Ibn Asakir dalam Fadhail Ramadhan. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1325]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman