Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya syurga diharamkan kepada para nabi sehingga aku memasukinya, dan sesungguhnya ia diharamkan kepada umat-umat lain sehingga umatku memasukinya

Teks Bahasa Arab

إِنَّ الجنَّةَ حُرِّمَتْ عَلَى الَْأَنبِيَاءِ كُلِّهِمْ حَتَّى أَدْخُلُهَا، وَحُرِّمَتْ عَلَى الْأمَمِ حَتَّى تَدْخُلَهَا أُمَّتِي

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya syurga diharamkan kepada para nabi sehingga aku memasukinya, dan sesungguhnya ia diharamkan kepada umat-umat lain sehingga umatku memasukinya.

Sahabat Perawi

  1. Umar bin al-Khattab RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1809, hadis no. 9122. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عمر بن الخطاب-رضي الله عنه- مرفوعاً: إن الجنة حُرّمت على الأنبياء كلّهم حتى أدخلها، وحرّمت على الأمم حتى تدخلها أمّتي. [ابن أبي حاتم في (العلل)، عد، ((الضعيفة))(2329)]

(Munkar) Daripada Umar bin al-Khattab RA berkata, Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya syurga diharamkan kepada para nabi sehingga aku memasukinya, dan sesungguhnya ia diharamkan kepada umat-umat lain sehingga umatku memasukinya. [Riwayat Ibn Abu Hatim dalam al-‘Ilal, Ibn ‘Adi dalam Al-Kamil fi al-Dhu’afa’. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no.2329]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.