Sesungguhnya syurga dibentangkan kepadaku dan aku tidak pernah melihat seperti apa yang terdapat padanya

TEKS BAHASA ARAB

إن الجنة عرضت علي، فلم أر مثل ما فيها، وإنها مرت بي خصلة من عنب، فأعجبتني، فأهويت إليها لآخذها، فسبقتني، ولو أخذتها لغرستها بين ظهرانيكم حتى تأكلوا من فاكهة الجنة، واعلموا أن الكمأة دواء العين، وأن العجوة من فاكهة الجنة، وأن هذه الحبة السوداء التي تكون في الملح؛ اعلموا أنها دواء من كل داء إلا الموت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya syurga dibentangkan kepadaku dan aku tidak pernah melihat seperti apa yang terdapat padanya. Sesungguhnya telah melintas dihadapanku segugus anggur dan ia menakjubkan aku. Lalu aku pun pergi ke arahnya untuk aku mengambilnya, namun ia mendahului aku (dan aku tidak sempat mengambilnya). Sekiranya aku dapat mengambilnya, aku akan menanamnya di kawasan kamu supaya kamu dapat memakan buah-buahan daripada syurga. Ketahuilah kamu bahawa kam’ah (truffle) merupakan ubat bagi penyakit mata. Manakala (kurma) ‘ajwah pula antara buah-buahan syurga dan Habbat al-Sawda’ ini yang diletakkan pada garam. Ketahuilah kamu semua bahawa semua itu merupakan ubat bagi setiap penyakit, melainkan mati.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 279 – 280 , hadis nombor 1451. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف الإسناد) عن بريدة – رضي الله عنه – أنه كان مع رسول الله – صلى الله عليه وسلم – في اثنين وأربعين من أصحابه، والنبي – صلى الله عليه وسلم – يصلي في المقام وهم خلفه جلوس ينتظرونه، فلما صلى أهوى فيما بينه وبين الكعبة كأنه يريد أن يأخذ شيئا، ثم انصرف إلى أصحابه، فثاروا، وأشار إليهم أن اجلسوا، فجلسوا، فقال: ((رأيتموني حين فرغت من صلاتي أهويت فيما بيني وبين الكعبة كأني أريد أن آخذ شيئا؟)) ، قالوا: نعم يا رسول الله، قال: ((إن الجنة عرضت علي، فلم أر مثل ما فيها، وإنها مرت بي خصلة من عنب، فأعجبتني، فأهويت إليها لآخذها، فسبقتني، ولو أخذتها لغرستها بين ظهرانيكم حتى تأكلوا من فاكهة الجنة، واعلموا أن الكمأة دواء العين، وأن العجوة من فاكهة الجنة، وأن هذه الحبة السوداء التي تكون في الملح؛ اعلموا أنها دواء من كل داء إلا الموت)).
[حم، ((الضعيفة)) (3899)]

(Sanadnya Lemah) Daripada Buraidah R.A bahawa beliau bersama dengan Rasulullah S.A.W dalam kalangan 42 orang sahabat baginda dan Nabi S.A.W solat (seorang diri) di maqam (Ibrahim), dalam keadaan mereka duduk di belakang baginda sambil menanti baginda (selesai). Sebaik sahaja baginda selesai menunaikan solat, baginda berjalan di antara dirinya dan juga Ka’bah seakan baginda ingin mengambil sesuatu. Kemudian baginda berpaling semula ke arah para sahabatnya, lalu mereka pun berdiri. Baginda memberi isyarat kepada mereka supaya duduk, lalu mereka pun duduk. Kemudian baginda berkata: Kamu melihat aku sebentar tadi sebaik sahaja aku selesai solat aku berlegar di kawasan antara diriku dan Ka’bah seakan aku ingin mengambil sesuatu? Lalu mereka menjawab: Ya wahai Rasulullah. Baginda berkata: Sesungguhnya syurga dibentangkan kepadaku dan aku tidak pernah melihat seperti apa yang terdapat padanya. Sesungguhnya telah melintas dihadapanku segugus anggur dan ia menakjubkan aku. Lalu aku pun pergi ke arahnya untuk aku mengambilnya, namun ia mendahului aku (dan aku tidak sempat mengambilnya). Sekiranya aku dapat mengambilnya, aku akan menanamnya di kawasan kamu supaya kamu dapat memakan buah-buahan daripada syurga. Ketahuilah kamu bahawa kam’ah (truffle) merupakan ubat bagi penyakit mata. Manakala (kurma) ‘ajwah pula antara buah-buahan syurga dan Habbat al-Sawda’ ini yang diletakkan pada garam. Ketahuilah kamu semua bahawa semua itu merupakan ubat bagi setiap penyakit, melainkan mati.
[Riwayat Musnad Ahmad. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3899]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs