Sesungguhnya syuhada’ yang paling ramai dalam umatku ialah untuk ahli tilam

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن أكثر شهداء أمتي لأصحاب الفرش، ورب قتيل بين الصفين الله أعلم بنيته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya syuhada’ yang paling ramai dalam umatku ialah untuk ahli tilam (meninggal di rumah). Boleh jadi yang terbunuh dalam dua barisan (perang), Allah lebih tahu niatnya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2009, hadis nombor 10077. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن إبراهيم بن عبيد بن رفاعة أن أبا محمد أخبره – وكان من أصحاب ابن مسعود -: حدثه عن رسول الله صلى الله عليه وسلم أنه ذكر عنده الشهداء، فقال: إن أكثر شهداء أمتي لأصحاب الفرش، ورب قتيل بين الصفين الله أعلم بنيته.
[حم، ((الضعيفة)) (2988)]

(Lemah)
Daripada Ibrahim bin Ubaid bin Rifa’ah bahawasanya Abu Muhammad memberitahunya (dia merupakan seorang sahabat ibn Mas’ud), yang menceritakan daripada Rasulullah SAW bahawa sesungguhnya disebutkan di sisinya para syuhada’ lalu dia berkata: Sesungguhnya syuhada’ yang paling ramai dalam umatku ialah untuk ahli tilam (meninggal di rumah). Boleh jadi yang terbunuh dalam dua barisan (perang), Allah lebih tahu niatnya.
[Riwayat Ahmad bin Hanbal dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2988]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.