Terlalu Daif

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya syaitan-syaitan itu berlumba-lumba dengan membawa panji-panji mereka menuju ke arah pasar. Lalu mereka masuk ke dalamnya bersama dengan orang terawal yang memasukinya, serta mereka keluar darinya bersama dengan orang yang terawal keluar darinya

Teks Bahasa Arab

إنَّ الشياطينَ تغدو براياتِها إلى الأسواقِ ، فيدخلونَ مع أولِ داخلٍ ، ويخرجونَ مع أولِ خارجٍ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya syaitan-syaitan itu berlumba-lumba dengan membawa panji-panji mereka menuju ke arah pasar. Lalu mereka masuk ke dalamnya bersama dengan orang terawal yang memasukinya, serta mereka keluar darinya bersama dengan orang yang terawal keluar darinya.

Sahabat Perawi

  1. Abu Umamah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Terlalu Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 150, hadis no. 754. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي أمامة - رضي الله عنه -، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((إِنَّ الشَّيَاطِينَ تَعدُو بِرَايَاتِهَا إِلَى الأَسْوَاقِ، فَيَدْخُلُونَ مَعَ أَوَّلِ دَاخِلٍ، وَيَخْرُجُونَ مَعَ أَوَّلِ خَارِجٍ)). [طب، ((الضعيفة)) (7073)]

(Terlalu Daif) Daripada Abi Umamah RA beliau berkata, Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya syaitan-syaitan itu berlumba-lumba dengan membawa panji-panji mereka menuju ke arah pasar. Lalu mereka masuk ke dalamnya bersama dengan orang terawal yang memasukinya, serta mereka keluar darinya bersama dengan orang yang terawal keluar darinya. [Riwayat Al-Tabarani dalam Al-Mu’jam Al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 7073]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.