Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya syaitan suka warna merah, maka jauhilah warna merah dan setiap pakaian yang boleh menarik perhatian

Teks Bahasa Arab

إنَّ الشَّيطانَ يحبُّ الحُمرةَ ، وإيَّاكُم والحُمرَةَ ، وَكلَّ ثَوبٍ ذي شُهرةٍ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya syaitan suka warna merah. Maka jauhilah warna merah dan setiap pakaian yang boleh menarik perhatian.

Sahabat Perawi

  1. Rafi’ bin Yazid al-Thaqafi RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1613, hadis no. 8133. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن رافع بن يزيد الثقفي - رضي الله عنه - مرفوعا:((إن الشيطان يحب الحمرة، فإياكم والحمرة، وكل ثوب ذي شهرة)). [المخلدي في ((الفوائد))، طس، عد، الجوزقاني في ((الأباطيل))، ((الضعيفة)) (1718)].

(Sangat Lemah) Daripada Rafi’ bin Yazid al-Thaqafi RA secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW): ((Sesungguhnya syaitan suka warna merah. Maka jauhilah warna merah dan setiap pakaian yang boleh menarik perhatian.)) [Riwayat al-Makhladi di dalam al-Fawaid, al-Ṭabarānī di dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ, Ibn ‘Adiy di dalam al-Kāmil Fī al-Ḍu‘afā’ dan al-Jawzaqani di dalam al-Abathil. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.1718].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.