Sesungguhnya syaitan merupakan serigala bagi anak Adam, seperti serigala bagi biri-biri

TEKS BAHASA ARAB

إن الشيطان ذئب ابن آدم، كذئب الغنم، وإن ذئب الغنم يأخذ من الغنم الشاة المهزولة والقاصية ولا يدخل في الجماعة، فالزموا العامة والجماعة والمساجد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya syaitan merupakan serigala bagi anak Adam, seperti serigala bagi biri-biri. Sesungguhnya serigala apabila menerkam biri-biri, dia akan mengambil biri-biri betina yang kurus, bersendirian dan tidak duduk berkumpulan. Maka lazimilah masyarakat, jamaah dan juga masjid-masjid.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 274, hadis nombor 1423. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن معاذ بن جبل -رضي الله عنه- مرفوعا: ((إن الشيطان ذئب ابن آدم، كذئب الغنم، وإن ذئب الغنم يأخذ من الغنم الشاة المهزولة والقاصية ولا يدخل في الجماعة، فالزموا العامة والجماعة والمساجد)).
[عبد بن حميد، حم، حل، ابن بشران في الكراس الأخير من ((الجزء))، ((الضعيفة)) (‌‌3016)]

(Lemah)
Daripada Mu’az bin Jabal ―raḍiyallāhu ‘anhu― secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya syaitan merupakan serigala bagi anak Adam, seperti serigala bagi biri-biri. Sesungguhnya serigala apabila menerkam biri-biri, dia akan mengambil biri-biri betina yang kurus, bersendirian dan tidak duduk berkumpulan. Maka lazimilah masyarakat, jamaah dan juga masjid-masjid.
[Riwayat ‘Abd bin Humayd, Musnad Ahmad, al-Hilyah oleh Abi Nu'aim, Ibn Bishran dalam al-Kiras al-Akhir Min Juz’. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3016]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs