Sesungguhnya syaitan mempunyai jerat-jerat dan perangkap-perangkap

TEKS BAHASA ARAB

إن للشيطان مصالي وفخوخا، وإن مصالي الشيطان وفخوخه البطر بأنعم الله، والفخر بأعطاء الله، والكبر على عباد الله، واتباع الهوى في غير ذات الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya syaitan mempunyai jerat-jerat dan perangkap-perangkap, dan jerat-jerat syaitan serta perangkap-perangkapnya adalah penentangan terhadap nikmat-nikmat Allah, berbangga dengan pemberian Allah, menyombong terhadap hamba-hamba Allah, dan mengikuti hawa pada selain Zat Allah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1995, hadis nombor 10002. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن النعمان بن بشير -رضي الله عنه – موقوفا ومرفوعا: «إن للشيطان مصالي وفخوخا، وإن مصالي الشيطان وفخوخه البطر بأنعم الله، والفخر بأعطاء الله، والكبر على عباد الله، واتباع الهوى في غير ذات الله».
[فر، ابن عساكر في «مدح التواضع»، «الضعيفة» (2463)].

(Lemah)
Daripada An-Nu’man bin Basyir RA, secara mauquf (sanad terhenti setakat sahabat sahaja, tidak sampai kepada Nabi) dan marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Sesungguhnya syaitan mempunyai jerat-jerat dan perangkap-perangkap, dan jerat-jerat syaitan serta perangkap-perangkapnya adalah penentangan terhadap nikmat-nikmat Allah, berbangga dengan pemberian Allah, menyombong terhadap hamba-hamba Allah, dan mengikuti hawa pada selain Zat Allah”.
[Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws, Ibnu Asakir, dalam “Madh At-Tawadu”. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 2463].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs