TEKS BAHASA ARAB
إن للشيطان مصالي وفخوخا، وإن مصالي الشيطان وفخوخه البطر بأنعم الله، والفخر بأعطاء الله، والكبر على عباد الله، واتباع الهوى في غير ذات الله
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya Syaitan mempunyai jerat dan perangkap. Sesungguhnya jerat dan perangkapnya adalah ingkar dengan nikmat Allah, bangga dengan pemberian Allah, sombong dengan hamba-hamba Allah dan mengikut hawa nafsu pada selain daripada zat Allah.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1676, hadis nombor 8455. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis al-Nu'man bin Basyir RA ini yang terdapat dalam kitab ini:
Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus, Ibn Asakir dalam Madh Al-Tawadhu’, al-Kharaiti dalam Fadhilah al-Shukr, Ibn Asakir, al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad dan al-Bukhari dalam al-Tarikh.
Ia dinilai lemah oleh al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله .
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.