Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya Syaitan mempunyai jerat dan perangkap

Teks Bahasa Arab

إن للشيطان مصالي وفخوخا، وإن مصالي الشيطان وفخوخه البطر بأنعم الله، والفخر بأعطاء الله، والكبر على عباد الله، واتباع الهوى في غير ذات الله

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya syaitan mempunyai jerat dan perangkap. Sesungguhnya jerat dan perangkapnya adalah ingkar dengan nikmat Allah, bangga dengan pemberian Allah, sombong dengan hamba-hamba Allah dan mengikut hawa nafsu pada selain daripada zat Allah.

Sahabat Perawi

  1. al-Nu'man bin Basyir RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1676, hadis no. 8455. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus, Ibn Asakir dalam Madh Al-Tawadhu’, al-Kharaiti dalam Fadhilah al-Shukr, Ibn Asakir, al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad dan al-Bukhari dalam al-Tarikh

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.