Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya syaitan mempunyai celak dan hisapan

Teks Bahasa Arab

إنَّ للشَّيطانِ كُحلًا ولَعوقًا ، فإذا كَحلَ الإنسانَ منُ كُحلِهِ ثقُلَت عيناهُ وإذا لعَّقَهُ من لَعوقِهِ ذرِبَ لسانُهُ بالشَّرِّ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya syaitan mempunyai celak dan hisapan. Apabila ia mencelak seseorang insan dengan celaknya, menjadi berat dua matanya. Apabila ia menghisapkannya dengan hisapannya, menjadi kotor lidahnya dengan keburukan.

Sahabat Perawi

  1. Samurah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1995, hadis no. 10001. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن سمرة -رضي الله عنه - مرفوعا: «إن للشيطان كحلا ولعوقا، فإذا كحل الإنسان من كحله، ثقلت عيناه، وإذا لعقه من لعوقه ذرب لسانه بالشر». [البزار، المخلدي في «الفوائد»، «الضعيفة» (2394)].

(Lemah) Daripada Samurah RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Sesungguhnya syaitan mempunyai celak dan hisapan. Apabila ia mencelak seseorang insan dengan celaknya, menjadi berat dua matanya. Apabila ia menghisapkannya dengan hisapannya, menjadi kotor lidahnya dengan keburukan”. [Riwayat al-Bazzar, al-Makhladi dalam al-Fawaid. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 2394].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.