Sesungguhnya syaitan datang dengan panjinya ke pasar, lalu dia akan masuk bersama orang pertama yang masuk

TEKS BAHASA ARAB

إن الشياطين تغدو براياتها إلى الأسواق فيدخلون مع أول داخل ويخرجون مع آخر خارج.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya syaitan datang dengan panjinya ke pasar, lalu dia akan masuk bersama orang pertama yang masuk, dan akan keluar bersama orang yang terakhir keluar.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 631, hadis nombor 3282. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي أمامة – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إِنَّ الشياطينَ تَغْدُو بِرَايَاتِهَا إلى الأَسْوَاقِ، فَيَدْخُلُونَ مَعَ ‌أولِ ‌دَاخِلٍ , ويَخْرُجُونَ مَعَ آخِرِ خَارِجٍ)). [طب، وفي ((مسند شاميين))، ((الضعيفة)) (5540)].

(Sangat lemah)
Daripada Abu Umamah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya syaitan datang dengan panjinya ke pasar, lalu dia akan masuk bersama orang pertama yang masuk, dan akan keluar bersama orang yang terakhir keluar.”
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan Musnad al-Syamiyyin. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5540].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs