Sesungguhnya syafaat itu bukanlah milik pelaku dosa-dosa besar

TEKS BAHASA ARAB

ليستِ الشفاعةُ لأهلِ الكبائرِ من أُمَّتِي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bukanlah syafaat itu bagi pendosa besar daripada umatku.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 550, hadis nombor 2871. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل) عن جابر بن زيد عن النبي – صلى الله عليه وسلم – قال: ((ليست الشفاعة لأهل الكبائر من أمتي)). ((يحلف جابر عند ذلك: ما لأهل الكبائر شفاعة؛ لأن الله قد أوعد أهل الكبائر النار في كتابه، وإن جاء الحديث عن أنس بن مالك: ((أن الشفاعة لأهل الكبائر))، فوالله! ما عنى القتل، والزنى، والسحر، وما أوعد الله عليه النار)). [الربيع ابن حبیب، ((الضعيفة)) (6302/م)]

(Batil)
Daripada Jabir bin Zaid, daripada Nabi SAW bersabda: Bukanlah syafaat itu bagi pendosa besar daripada umatku. Jabir bersumpah ketika itu: "Sesungguhnya syafaat itu bukanlah milik pendosa besar kerana Allah SWT telahpun bersumpah bagi pelaku dosa-dosa besar adalah neraka yang tertulis dalam kitab-Nya." Walaupun ada hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik: "Sesungguhnya syafaat diberikan kepada pelaku dosa-dosa besar. (Tetapi) Demi Allah! Itu bukanlah dosa bunuh, zina, sihir; apa yang Allah janjikan (balasan) api neraka."
[Riwayat al-Rabi’ ibnu Habib. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah; no. 6302/م]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs