Batil
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ليست الشفاعةُ لأهلِ الكبائرِ من أمتي.
Teks Bahasa Melayu
Bukanlah syafaat itu bagi pendosa besar daripada umatku.
Sahabat Perawi
- Jabir bin Zaid
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Batil
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 550, hadis no. 2871.
(Batil) Daripada Jabir bin Zaid, daripada Nabi SAW bersabda: Bukanlah syafaat itu bagi pendosa besar daripada umatku. Jabir bersumpah ketika itu: "Sesungguhnya syafaat itu bukanlah milik pendosa besar kerana Allah SWT telahpun bersumpah bagi pelaku dosa-dosa besar adalah neraka yang tertulis dalam kitab-Nya." Walaupun ada hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik: "Sesungguhnya syafaat diberikan kepada pelaku dosa-dosa besar. (Tetapi) Demi Allah! Itu bukanlah dosa bunuh, zina, sihir; apa yang Allah janjikan (balasan) api neraka." [Riwayat al-Rabi’ ibnu Habib. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah; no. 6302/م]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman