Sesungguhnya surah al-Baqarah adalah kemuliaan al-Quran serta ketinggian-Nya

TEKS BAHASA ARAB

{البقرة} سنام القرآن وذروته، ونزل مع كل آية منها ثمانون ملكا واستخرجت {الله لا إله إلا هو الحي القيوم} من تحت العرش فوصلت بها – أو – فوصلت بسورة {البقرة}، و {يس} قلب القرآن، لا يقرؤها رجل يريد الله تبارك وتعالى والدار الآخرة، إلا غفر له واقرؤوها على موتاكم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya surah al-Baqarah adalah kemuliaan al-Quran serta ketinggian-Nya. Telah turun bersama setiap ayat daripadanya lapan puluh malaikat, dan ayat al-Kursi pula telah dikeluarkan daripada bawah ‘arasy dan disambung dengannya, yakni bersambung dengan surah al-Baqarah. Surah Yasin pula adalah hati al-Quran. Tidaklah seorang lelaki yang menghendaki (keredhaan) Allah SWT serta hari akhirat itu membacanya melainkan akan diampunkan baginya (dosa-dosanya). Dan bacakanlah surah Yasin untuk orang-orang yang telah mati di antara kamu.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1585, hadis nombor 8013. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن معقل بن يسار – رضي الله عنه – قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (({البقرة} سنام القرآن وذروته، ونزل مع كل آية منها ثمانون ملكا واستخرجت {الله لا إله إلا هو الحي القيوم} من تحت العرش فوصلت بها – أو – فوصلت بسورة {البقرة}، و {يس} قلب القرآن، لا يقرؤها رجل يريد الله تبارك وتعالى والدار الآخرة، إلا غفر له واقرؤوها على موتاكم.)). [حم، ((الضعيفة)) (6543)].

(Munkar)
Daripada Mi’qal Bin Yassar RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: ((Sesungguhnya surah al-Baqarah adalah kemuliaan al-Quran serta ketinggian-Nya. Telah turun bersama setiap ayat daripadanya lapan puluh malaikat, dan ayat al-Kursi pula telah dikeluarkan daripada bawah ‘arasy dan disambung dengannya, yakni bersambung dengan surah al-Baqarah. Surah Yasin pula adalah hati al-Quran. Tidaklah seorang lelaki yang menghendaki (keredhaan) Allah SWT serta hari akhirat itu membacanya melainkan akan diampunkan baginya (dosa-dosanya). Dan bacakanlah surah Yasin untuk orang-orang yang telah mati di antara kamu.))
[Riwayat Ahmad dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6843].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs