Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
{الْبَقَرَةُ} سَنَامُ الْقُرْآنِ وَذُرْوَتُهُ، ونَزَلَ مَعَ كُلِّ آيَةٍ مِنْهَا ثَمَانُونَ مَلَكًا وَاسْتُخْرِجَتْ {لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ} مِنْ تَحْتِ الْعَرْشِ فَوُصِلَتْ بِهَا - أَو -ْ فَوُصِلَتْ بِسُورَةِ {الْبَقَرَةِ} ، وَ {يس} قَلْبُ الْقُرْآنِ، لَا يَقْرَؤُهَا رَجُلٌ يُرِيدُ اللَّهَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى وَالدَّارَ الْآخِرَةَ، إِلَّا غُفِرَ لَهُ وَاقْرَءُوهَا عَلَى مَوْتَاكُمْ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya surah al-Baqarah adalah kemuliaan al-Quran serta ketinggian-Nya. Telah turun bersama setiap ayat daripadanya lapan puluh malaikat, dan ayat al-Kursi pula telah dikeluarkan daripada bawah ‘arasy dan disambung dengannya, yakni bersambung dengan surah al-Baqarah. Surah Yasin pula adalah hati al-Quran. Tidaklah seorang lelaki yang menghendaki (keredhaan) Allah SWT serta hari akhirat itu membacanya melainkan akan diampunkan baginya (dosa-dosanya). Dan bacakanlah surah Yasin untuk orang-orang yang telah mati di antara kamu.
Sahabat Perawi
- Mi'qal Bin Yassar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1585, hadis no. 8013. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن معقل بن يسار - رضي الله عنه - قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (({البقرة} سنام القرآن وذروته، ونزل مع كل آية منها ثمانون ملكا واستخرجت {الله لا إله إلا هو الحي القيوم} من تحت العرش فوصلت بها - أو - فوصلت بسورة {البقرة}، و {يس} قلب القرآن، لا يقرؤها رجل يريد الله تبارك وتعالى والدار الآخرة، إلا غفر له واقرؤوها على موتاكم.)). [حم، ((الضعيفة)) (6543)].
(Munkar) Daripada Mi’qal Bin Yassar RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: ((Sesungguhnya surah al-Baqarah adalah kemuliaan al-Quran serta ketinggian-Nya. Telah turun bersama setiap ayat daripadanya lapan puluh malaikat, dan ayat al-Kursi pula telah dikeluarkan daripada bawah ‘arasy dan disambung dengannya, yakni bersambung dengan surah al-Baqarah. Surah Yasin pula adalah hati al-Quran. Tidaklah seorang lelaki yang menghendaki (keredhaan) Allah SWT serta hari akhirat itu membacanya melainkan akan diampunkan baginya (dosa-dosanya). Dan bacakanlah surah Yasin untuk orang-orang yang telah mati di antara kamu.)) [Riwayat Ahmad dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6843].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman