Sesungguhnya sumpah para pemanah tidak berdosa

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ارموا، فإن أيمان الرماة لغو، لا حنث فيها ولا كفارة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Panahlah! Sesungguhnya sumpah para pemanah adalah lagha (tidak berdosa), tidak dikira melanggar sumpah dalamnya dan tiada juga kafarah.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 975, hadis nombor 5021. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل) عن معاوية بن حيدة – رضي الله عنه – أن النبي – صلى الله عليه وسلم – مر بقوم يرمون، وهم يحلفون: أخطأت والله أصبت والله، فلما رأوا رسول الله – صلى الله عليه وسلم – أمسكوا، فقال: ((ارموا، فإن ‌أيمان ‌الرماة لغو، لا حنث فيها ولا كفارة)). [طص، ((الضعيفة)) (283)]

(Batil) Daripada Muawiyah bin Haidah RA bahawasanya Nabi SAW melintasi satu kaum yang sedang memanah dan melempar lembing, sambil mereka bersumpah: “Aku tersasar, demi Allah! Aku tepat, demi Allah!” Apabila mereka melihat Rasulullah SAW, mereka berhenti, lalu Baginda bersabda: “Panahlah! Sesungguhnya sumpah para pemanah adalah lagha (tidak berdosa), tidak dikira melanggar sumpah dalamnya dan tiada juga kafarah.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Saghir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 283]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.