Sesungguhnya sumpah palsu yang menjadikan seorang lelaki mengambil harta muslim dengannya (sumpah itu), akan memutuskan silaturrahim

TEKS BAHASA ARAB

إن اليمين الفاجرة التي يقتطع بها الرجل مال المسلم ‌تعقم ‌الرحم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya sumpah palsu yang menjadikan seorang lelaki mengambil harta muslim dengannya (sumpah itu), akan memutuskan silaturrahim.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 613, hadis nombor 3190. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي سود – رضي الله عنه -: أنه سمع النبي صلى الله عليه وسلم يقول: ((إن اليمين الفاجرة التي يقتطع بها الرجل مال المسلم ‌تعقم ‌الرحم)). [حم، ابن سعد في ((الطبقات))، ابن منده، ((الضعيفة)) (3164)].

(Lemah)
Daripada Abu Sud RA bahawa beliau mendengar Nabi SAW bersabda: ((Sesungguhnya sumpah palsu yang menjadikan seorang lelaki mengambil harta muslim dengannya (sumpah itu), akan memutuskan silaturrahim.))
[Riwayat Ahmad bin Hanbal dalam Musnadnya, Ibn Sa’d dalam al-Tabaqat dan Ibn Mandah dalam Mu’jam al-Sahabah. Lihat Silsilah al-Dai’fah, no. 3164].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs