Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ اليمينَ الفاجرةَ التي يَقْتطِعُ بها الرجُلُ مالَ المُسلِمِ تُعْقِمُ الرَّحِمَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya sumpah palsu yang menjadikan seorang lelaki mengambil harta muslim dengannya (sumpah itu), akan memutuskan silaturrahim.
Sahabat Perawi
- Abu Sud RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 613, hadis no. 3190. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي سود - رضي الله عنه -: أنه سمع النبي صلى الله عليه وسلم يقول: ((إن اليمين الفاجرة التي يقتطع بها الرجل مال المسلم تعقم الرحم)). [حم، ابن سعد في ((الطبقات))، ابن منده، ((الضعيفة)) (3164)].
(Lemah) Daripada Abu Sud RA bahawa beliau mendengar Nabi SAW bersabda: ((Sesungguhnya sumpah palsu yang menjadikan seorang lelaki mengambil harta muslim dengannya (sumpah itu), akan memutuskan silaturrahim.)) [Riwayat Ahmad bin Hanbal dalam Musnadnya, Ibn Sa’d dalam al-Tabaqat dan Ibn Mandah dalam Mu’jam al-Sahabah. Lihat Silsilah al-Dai’fah, no. 3164].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman