Sesungguhnya sumpah itu hanyalah (antara) mungkir atau menyesal

TEKS BAHASA ARAB

إنما ‌الحلف حنث أو ندامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya sumpah itu hanyalah (antara) mungkir atau menyesal.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 587, hadis nombor 3014. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن ابن عمر – رضي الله عنهما -، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((‌إنما ‌الحلف حنث أو ندامة)). [تخ، ه، حب، ك، هق، ش، ع، طس، طص، ((الضعيفة)) (6859)].

(Munkar) Daripada Abu Sa’id al-Khudri RA berkata: (Rasulullah) SAW bersabda: Sesungguhnya sumpah itu hanyalah (antara) mungkir atau menyesal.[Riwayat al-Bukhari dalam kitab al-Tarikh al-Kabir, Riwayat Ibn Majah dalam Sunannya, Riwayat Ibn Hibban dalam Sahihnya, Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, Riwayat al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra, Riwayat Ibn Abi Shaybah dalam Musannafnya, Riwayat Abu Ya'la dalam Musnadnya, Riwayat al-Tabarani dalam kitab Mu’jam al-Awsath dan Mu’jam al-Saghir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6859].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs