Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya sumpah itu hanyalah (antara) mungkir atau menyesal

Teks Bahasa Arab

إنَّما الحَلِفُ حنثٌ أو ندامةٌ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya sumpah itu hanyalah (antara) mungkir atau menyesal.

Sahabat Perawi

  1. Abu Sa'id al-Khudri RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 587, hadis no. 3014.

(منكر) عن ابن عمر – رضي الله عنهما -، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((‌إنما ‌الحلف حنث أو ندامة)). [تخ، ه، حب، ك، هق، ش، ع، طس، طص، ((الضعيفة)) (6859)].

(Munkar) Daripada Abu Sa'id al-Khudri RA berkata: (Rasulullah) SAW bersabda: Sesungguhnya sumpah itu hanyalah (antara) mungkir atau menyesal.[Riwayat al-Bukhari dalam kitab al-Tarikh al-Kabir, Riwayat Ibn Majah dalam Sunannya, Riwayat Ibn Hibban dalam Sahihnya, Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, Riwayat al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra, Riwayat Ibn Abi Shaybah dalam Musannafnya, Riwayat Abu Ya'la dalam Musnadnya, Riwayat al-Tabarani dalam kitab Mu’jam al-Awsath dan Mu’jam al-Saghir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6859].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.