Classification icon

Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya sultan adalah bayangan Allah dan tombak-Nya di bumi

Teks Bahasa Arab

حديث: "إِنَّمَا السُّلْطَانُ ظِلُّ اللَّهِ وَرُمْحُهُ فِي الأَرْضِ".

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Sesungguhnya sultan adalah bayangan Allah dan tombak-Nya yang berada di bumi.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 210, hadis no. 9. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ذكره في المقاصد. وعزاه إلى الديلمي. وروى: الظالم عدل الله في الأرض ينتقم به، ثم ينتقم منه. ذكره في المقاصد أيضا.

Al-Sakhawi menyebut di dalam kitab al-Maqasid, dan menisbahkannya kepada al-Dailami dan diriwayatkan: penzalim diadili Allah dibumi dengan seksaannya dan kemudian Allah menuntut bela darinya. Al-Sakhawi menyebutnya juga di dalam kitab Al-Maqasid.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.