Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya suku Ansar sukakan nyanyian

Teks Bahasa Arab

إن هذا الحيَّ مِنَ الأنصارِ يُحِبِّون الغِنَاءَ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya suku ini dari, kaum Ansar sukakan nyanyian.

Sahabat Perawi

  1. ‘Aishah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1633, hadis no. 8255. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عائشة - رضي الله عنها -، قالتْ: كان في حجري جارية من الأنصار فزوجتُها، قالت: فدخل علي رسول الله - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - يوم عرسها، فلم يسمع غناء ولا لعباً، فقال: ((يا عائشة! هل غَنَّيْتُمْ عليها؟ أَوَلا تغنون عليها؟)) ثم قال:((إن هذا الحي من الأنصار يحبون الغناء)). [ابن معين في ((العلل))، هب، خط، ((الضعيفة)) (5745)].

(Munkar) Daripada Aisyah RA berkata: "Pernah dahulu ada seorang hamba wanita Ansar di rumahku, kemudian aku kahwinkan dia." Aisyah RA berkata lagi: "Kemudian Rasulullah SAW datang menemuiku pada hari perkahwinannya dan baginda tidak mendengar lagu dan permainan dalam majlis itu. Baginda berkata: ((Wahai Aisyah! Adakah mereka telah menyanyikan lagu meraikannya? Tidakkah kamu ingin menyanyikan untuknya?)) Baginda bersabda: ((Sesungguhnya suku ini dari kaum Ansar yang sukakan nyanyian.)) [Riwayat Ibn Ma’in dalam al-‘Ilal, al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman dan al-Khatib dalam Tārīkh Baghdād. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5745].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.