Sesungguhnya Suhail adalah seorang pemungut cukai di Yaman

TEKS BAHASA ARAB

حديث: إن سهيلا كان عشارا باليمن فمسخه الله شهابا. فجعله حيث ترون.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesungguhnya Suhail adalah seorang pemungut cukai di Yaman. Allah menukarkannya menjadi bintang, maka jadilah bintang itu seperti engkau lihat.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 213, hadis nombor 32. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قيل: موضوع، وقيل: ضعيف لا موضوع.

Dikatakan: Hadith ini palsu, dan ada yang mengatakan juga, ianya lemah bukan palsu.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs