Sesungguhnya solat telah didirikan, maka baginda terus memulakan takbir (Takbirat al-Ihram)

TEKS BAHASA ARAB

كان إذا قال بلال: قد قامت الصلاة؛ كبر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya solat telah didirikan, maka baginda terus memulakan takbir (Takbirat al-Ihram).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 292, hadis nombor 1534. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبدالله بن أبي أوفى -رضي الله عنه – مرفوعا: «كان إذا قال بلال: قد قامت الصلاة؛ كبره». [
أبو القاسم بن أبي القعنب في «حديث القاسم بن الأشهب»، «الضعيفة» (4210)]

(Lemah) Daripada ‘Abdullah bin Abi Awfa RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Rasulullah S.A.W. ketika mana Bilal menyebut: Sesungguhnya solat telah didirikan, maka baginda terus memulakan takbir (Takbirat al-Ihram).
[Riwayat Abu al-Qasim bin Abi al-Qa’nab dalam Hadith al-Qasim bin al-Asyhab. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 4210]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs