Sesungguhnya solat orang yang mengawal perbatasan itu menyamai lima ratus kali solat

TEKS BAHASA ARAB

إن صلاة المرابط تعدل خمس مئة صلاة ونفقة الدينار والدرهم أفضل من سبع مئة دينار في غيره.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya solat orang yang mengawal perbatasan itu menyamai lima ratus solat. Manakala berbelanja satu dinar dan dirham itu lebih baik daripada tujuh ratus dinar untuk selainnya.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1009, hadis nombor 5197. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي أمامة رضي الله عنه مرفوعا: إن صلاة المرابط تعدل خمس مئة صلاة ونفقة الدينار والدرهم أفضل من سبع مئة دينار في غيره. [ابن ابي عاصم في الجهاد، الضعيفة (5149)].

(Sangat Lemah) Daripada Abu Umamah RA, beliau meriwayatkan secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya solat orang yang mengawal perbatasan itu menyamai lima ratus solat. Manakala berbelanja satu dinar dan dirham itu lebih baik daripada tujuh ratus dinar untuk selainnya. [Riwayat Ibn Abi 'Asim dalam al-Jihad. Lihat Silsilah al-Dha'ifah, no. 5149].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs