Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن صلاة المرابط تعدل خمس مئة صلاة ونفقة الدينار والدرهم أفضل من سبع مئة دينار في غيره.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya solat orang yang mengawal perbatasan itu menyamai lima ratus solat. Manakala berbelanja satu dinar dan dirham itu lebih baik daripada tujuh ratus dinar untuk selainnya.
Sahabat Perawi
- Abu Umamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1009, hadis no. 5197. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي أمامة رضي الله عنه مرفوعا: إن صلاة المرابط تعدل خمس مئة صلاة ونفقة الدينار والدرهم أفضل من سبع مئة دينار في غيره. [ابن ابي عاصم في الجهاد، الضعيفة (5149)].
(Sangat Lemah) Daripada Abu Umamah RA, beliau meriwayatkan secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya solat orang yang mengawal perbatasan itu menyamai lima ratus solat. Manakala berbelanja satu dinar dan dirham itu lebih baik daripada tujuh ratus dinar untuk selainnya. [Riwayat Ibn Abi 'Asim dalam al-Jihad. Lihat Silsilah al-Dha'ifah, no. 5149].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman